Sunday, February 13, 2011

Kenangan lalu - Part 2 (Flash Back 25 Years Ago!!!)


Luahan ini merupakan luahan hati dari ibu ku setelah 25 tahun dipendam sendirian...ibu bercerita dengan tenang, tanpa ku sedari air mata ku jatuh menyembah bumi...tanpa pengetahuan ibu, aku telah berkongsi kesedihannya dengan kamu semua...niat ku hanya untuk berkongsi kesedihan seorang ibu dan kami sekeluarga...hayatilah luahan hati ini...

Dalam usia aku yang semakin meningkat selama itu lah aku harungi kehidupan ini dengan penuh onak,duri dan ranjau sepanjang jalan.Penuh dengan suka duka.... kesedihan,kepayahan,kesakitan,kehilangan,kekesalan dan kebahagian. Apakah akan ada SINAR HARAPAN buat diri ku ini??? setelah aku tempuhi berbagai dugaan dan rintanggan dalam kehidupan KU ini??? Walaupun hampir 25 tahun lamanya kejadian itu membuatkan aku rasa sakit yang teramat sangat. Tapi kesakitan dan kesedihan itu, aku pendam di lubuk hati ku ini setelah sekian lamanya. Makin ku pendam semakin sakit jadinya. Akhirnya aku cuba pujuk HATI KU YANG LARA INI untuk berkongsi suka duka bersama laman blong ini, Agar dapat aku berkongsi kisah sedih ku ini semuga penggalaman ini menjadi satu penggajaran...Masih ingatkah kamu wahai saudara ku SATU IBU SATU BAPA ??? Ketika aku menggandungkan anak aku yang ke 4, suami ku tidak bekerja ketika itu suami ku belajar sepenuh masa di UNIVERSITI MALAYA, Anak-anakku yang masih kecil yang tua 6thn, 5thn dan 4thn. Dan aku tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang di rumah BAPAK, apalagi dengan kesempitan kewangan. Aku di paksa keluar oleh saudara kandungku tampa rasa belas kasihan . Aku dapat melihat wajah BAPAK hanya memandang kaku kepada ku diam membisu seribu bahasa, Hinggakan HAK BAPAK untuk bersuara hilang begitu saja. Apa yang aku kesalkan , tidak adakah rasa HORMAT kamu semua, BAPAK sebagai ketua keluarga. Apakah nilai2 murni budi bahasa kamu sudah hilangg??? Adakah kamu suka bertindak dan buat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu. Apakah kamu suka menghukum tanpa aku di bicarakan terlebih dahulu, tapi kamu buat keputusan sendiri, sedangkan kan tu rumah Bapak. sungguh KEJAM kamu dengan kekejaman tu membuat kan aku sakit hingga ke hari ini. Apakah kamu tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami lebih-lebih lagi aku mengandung ketika itu. Aku hilang arah tuju perbagai persoalan timbul di benak ku. Akhirnya aku akur dengan tindakan mereka mengusir aku dari rumah. Aku TIDAK berupaya untuk menentang mereka. tidak ada sesiapa pun menyebelahi aku ketika itu terkubur seluruh rasa peri kemanusiaan. Aku mengikut hayunan kaki tampa matlamat. mujurlah ketika itu ada insan yang berhati perut menghulurkan pertolonggan walaupun tiada hubunggan darah sama sekali. kami di benarkan tinggal di sebuah bilik kecil untuk selama beberapa hari, sementara kami dapat mencari rumah. nak menyewa rumah kami tak mampu akhirnya kami membuat keputusan untuk tinggal di rumah setinggan tanpa ada kemudahan asas. Aku bawa diri untuk sekian lamanya Merajuk hati. Hanya satu persoalan apakan dengan kesalahan yang sekecil itu hingga hilang pertimbanggan peri kemanusiaan dan rasa belas kasihan kamu semua. Tidak terpandangkah wajah anak2 buah kamu yang masih kecil dan tidak mengerti apa itu kehidupan. Tidak terfikir kah kamu di mana aku nak tinggal? selepas ini, pernah terbayang kah kamu semua wahai saudara kandung ku apa akan terjadi dengan nasib ku bersama anak-anak buah kamu yang masih kecil, tidak terpandang kah wajah-wajah mereka? selepas aku di paksa keluar. Apakah di antara kamu tidak ada rasa KASIH SAYANG di antara kita?? Apakah benar tindakan kamu semua ini keatas aku? Tidak boleh kah kesalahan itu di tegur menegur untuk memperbaiki kesalahan bukan untuk di maki hamun hina menghina sesama kita. KEJI sangat kah aku ini? kalau kamu benci sekalipun suami ku tidak adakah rasa belas kasihan buat ku? untuk pengetahuan kamu semua aku hanya minta tolong Bapak hantar kan nasi lemak untuk aku berniaga kerna hanya itu lah sumber pendapatan aku untuk sesuap nasi. suami ku baru 2 hari di universiti dan tidak boleh keluar selama seminggu maklum lah minggu suai kenal. Dan hari 3 nasi lemak tertumpah di bawa oleh Bapak. Aku tak ingin perkara ini berlaku tapi dah nak terjadi. kecoh seketika di buat nya.Tampa ada peluang untuk ku membela diri. Apakah dengan tertumpahnya nasi lemak itu satu perkara BESAR bagi kamu semua? Tertumpah nya nasi itu bukan lah kehendak aku atau pun di segajakan tapi sudah TAKDIR. Adakah kamu percaya dengan TAKDIR? Di manakah akal fikiran yang telah TUHAN berikan keatas kamu semua wahai saudara ku yang bijak sana. Tidak pernah kah kamu buat SALAH?? Kalau kamu buat salah pernah kamu pertikai kan KESALAHAN kamu semua. Apakah HUKUMAN yang sepatutnya kamu dapat yang setimpal kamu lakukan. Renungkan lah. Apakah keputusan kamu itu memberi kepuasan pada diri kamu semua keatas aku.Tapi kepuasan itu akan kamu rasakan seperti aku rasakan. Setiap kali ku sujud Ku panjang kan doa biar kesakitan ini akan kamu rasakan suatu hari nanti. Adilkah kamu dengan tindakan menghalau kami dalam kami tak punya apa-apa?? Dimanakah nilai kasih sayang kamu sebagai saudara kandung ku, TERIMA KASIH SEMUA WAHAI SAUDARA KANDUNG KU di atas KEADILAN kamu semua aku merana sepanjang kehidupan ku. Hanya satu yang ku pinta di saat akhir ku kerna aku tahu ni lah masa yang sesuai buat diri ku untuk ku luah kan apa yang terkandung selama ini dalam hati ku. Walaupun aku tak pernah menjawab setiap satu jeritan maki hamun kamu semua. Tapi kali ini biar lah aku menjerit sepuas hati ku kerna aku tahu aku akan pergi jauh tak mungkin akan ketemu kamu semua. Didik lah dalam diri kamu dengan nilai budi bahasa. Bertegur lah dengan cara yang baik, mungkin teguran yang baik itu memberi peluang memperbaiki kesilapan .Tapi sebelum aku menutup mata TUHAN tu maha adil kesilapan yang aku buat tak sebesar yang kamu buat. Tapi apakah tindakan kamu semua wahai saudara kandung ku di manakah keadilan kamu yang pernah kamu lakukan untuk ku suatu ketika dulu?? Terima kasih di atas keadilan kamu semua. Aku menanggung kesakitan yang teramat sangat di dalam hati ku walaupun hampir 25 tahun aku merintih dan menagis tak siapa yang tau. Walaupun aku masih boleh bermanis muka dengan kamu semua.YA...ALLAH kalau ini yang kau beri kan dugaan untuk ku. Aku terima seadanya kerna aku percaya dengan KETENTUAN MU UNTUK KU YA..ALLAH. kerna setiap apa yang terjadi ada HIKMAH di sebaliknya. Aku yakin dengan kuasa mu. Wahai saudara kandung ku, terima kasih di atas layanan kamu semua untuk ku. Selagi hayat di kandung badan hanya satu yang aku pinta pada mu. sayangi lah aku, kasihani lah aku sebelum aku menutup mata ku, Jangan biarkan aku menagis lagi. Dan jangan kamu sesali bila badan ku terbujur kaku di depan kamu semua ini orang yang pernah kamu usir di rumah bapak suatu ketika dulu. Sehingga ke hari ini dalam usia ku 45 tahun aku sudah memiliki 6 orang cahaya mata 3 putera 3 puteri.Wahai anak-anak ku ketahuilah hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran hadapi lah ia dengan baik. Walaupun ibu menjalani dengan kepayahan tekanan demi tekanan dalam mengharungi kehidupan ini terlalu sukar untuk ibu tempuhi tapi demi kamu (anak-anak) ibu terus kan jua. Jadilah penggalaman ibu ni sebagai tauladan buat kamu semua. Hargailah di antara kamu semua binalah hubungan adik beradik dengan baik. Hormatilah di antara satu sama lain. Sekiranya apa-apa berlaku pada ibu dan ayah harta-harta yang di tinggalkan akan membawa fitnah dunia pada ibu dan ayah di akhirat kelak, oleh itu ikutlah hukum ALLAH yang telah di tetapkan. Sebab HARTA itu adalah milik kamu semua walaupun salah seorang di antara kamu pemegang AMANAH. Jangan di antara kamu ada sikap pilih kasih bawa lah berbincang dengan baik. Jangan sesekali di antara kamu buat keputusan sendiri dengan kesombonggan tampa berbincang kadang-kadang kita lupa keputusan itu lebih banyak meluka HATI semua PIHAK tampa kita sedari. Gunakan lah BAHASA yang baik-baik kalau ibu dan ayah semakin TUA, kerna HATI IBU SEMAKIN RAPUH. Ibu korban kan kebahagian ini demi kamu wahai anak-anak ku Akhir sekali Aku terus jalani kehidupan ini dengan sedikit TUAH dan KECEKALAN HATI yang ada pada ku UNTUK KU MENITI hari-hari AKHIR ku. Buat suami ku, sepanjang kehidupan ku bersama mu pasti ada suka dan duka sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Aku mohon keampunan dari mu kerna aku tahu SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI MU. Terima kasih kau hargai aku di saat saat akhir. Semuga TUHAN BERI TAUFIK DAN HIDAYAH kepada kita. . SEMUGA ADA SINAR HARAPAN BUAT DIRI KU INI AMIN.-INILAH REALITI HIDUP.....

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Introduction

Recent Comments

hye shizah